Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Tahun Baru 2012??

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,Allah masih memberi keizinan untukku menjalani kehidupan di awal tahun 2012..
Ramai yang tanya.. Apa azam tahun baru?? Bagiku tahun baru hanyalah Muharram.. Dan bukannya Januari.. InsyaAllah akan berkekalan di hatiku.. Amiin..

Apa yang ana lalui sejak di penghujung tahun lepas sehingga harini,banyak perkara yang menyeronokkan.. Ada juga yang menyakitkan.. InsyaAllah ana akan cuba tabah selagi mampu..

Tahun baru ramai orang yang menyambutnya dan kawan2 juga tak mahu ketinggalan dalam meraikan tahun baru 2012 dengan berkumpul beramai-ramai di Padang Kota Lama.. Maka,berteraburlah pasangan yang melakukan maksiat secara terang-terangan.. Berpegang tangan dengan bukan muhrim.. Gadis2 pulang lewat ke rumah...

Allahurabbi... Hanya ku mampu,menjauhi tempat-tempat tersebut.. Bukannya nak berlagak baik.. Tapi ana sedang berjuang berjihad melawan nafsu.. Nafsu dunia yang tak pernah merasa puas dan cukup..

Untuk menjadi seorang yang sabar amatlah susah jika dahulunya dia seorang yang panas baran,kuat merajuk dan kepala angin..

Tersangatlah susah.. Tapi ana sedang mencuba! Mencuba! Ana perlukan kekuatan bukannya cemuhan.. Ana perlukan perhatian bukannya diabaikan... Mungkin begini laa rasanya anak2 yang terbiar tanpa kasih sayang kan...

Kadang2 ana merasa sangatt lemah dengan ujian yang datang tapi tak baik mengeluh.. Ketahanan dari segi mental & fizikal sangat2 lemah.. Adakalanya kuat adakalanya sangatt lemah..

Bila merasa sangatt lemah tuu,terasa nak mengasingkan diri.. Membawa diri sementara waktu.. Tapi kedukaanku selalunya tak lama.. Hanya seketika.. Tapi yang seketika itu yang sangat memeritkan..

Astaghfirullah.. Sudah2 laa mengeluh wahai Nisa.. Ujianmu x seberapa nak dibandingkan dengan Baginda..


Terima kasih buat sahabat2 terdekat yang sudi mendengar masalah ana.. Memberikan pendapat  dan sangat prihatin dengan masalah ana..

Terima kasih sangat2...

# kesedihan kadang2 tidak dapat digambarkan dengan kata2..

2 comments:

  1. assalamualaikum warahmatullah, ana pun pernah dok kt penang.. memang tk dinafikan 'sosial'nya sangat hebat.. ana juga pernah jd pemandu bas paling muda masa tu (21) dr Bukit Mertajam ke Jeti Tanjung.. dah jenuh jumpa mcm2 adegan dlm bas sampai ada kes ana halau 'pencemar lam sekitar' ni di tol jambatan penang.. kesimpulannya, zaman yg kita duduk ni memang sudah disebut sebagai zaman kehancuran umat islam.. yg boleh kita cuba lakukan bg pndapat ana, jaga diri, keluarga dan jika mampu usaha dalam bentuk dakwah ke tengah masyarakat.. lg satu, blh kah kiranya link kan blog ana.. syukran..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh... Iya.. Walaupun keluar dengan kawan2 sejenis tetapi maksiat yang berlaku depan mata tak sanggup nak tengok..

    Ana sememangnya berusaha menjaga diri dari terus terjebak dengan kemaksiatan.. Cukuplah keadaan sekeliling menjadi teladan...

    InsyaAllah ana cuba link ke blog enta

    ReplyDelete