Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Pertolongan Allah dekat

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Kupanjatkan syukur hanya padaNya.. Seandainya ada perkataan atau ayat yang mamou ku ucapkan hanya untukNya,pasti beribu kali kuucapkan...


Semalam ( 30 Disember 2011 ) merupakan hari yang penuh bersejarah untuk ana.. Sangat2 bersejarah.. Apabila dapat menambah kenalan & ukhwah baru dengan adik2 dari Perak.. ^_^

Perkenalan bermula di Padang Kota bila depa(maaf laa org utara) tegur suruh amikkan gambar.. :) Semuanya sporting & baik jer... Comey sokmo.. :P  Biar ada yang gundah di jiwa namun kemesraan dan keletah mereka sangattt menghiburkan.. 

Malang tak berbau..
Balik ja dari Night Market kat Batu Feringghi,tayar moto pancat/pancit ( apa2 jelaa) .. Ana ngan sahabat mau tak mau kena jugak laa tolak moto sampai ke tempat cerah..

Sejam setengah kami tunggu mekanik/pomen ( apa2 jela) datang tukar tiub! Tapi,sorang pun tak datang.. Sampai laa ada sorang pakcik polos yang sangat baik hati datang temankan kami..

Salah seorang dari mereka bagitau,mereka tak selalunya lalui jalan tersebut... Tapi semalam,mereka lalu jalan yg ana n sahabat lalu..

Ana pikir... Ini pertolongan Allah.. Ana sangatt takut bila tengok sekumpulan lelaki bermotor menaiki motosikal.. Banyak betul konvoi motorsikal semalam..


Bila duduk jer dekat 'sign board', ana takut sangat... Berulang-ulang kali baca ayat kursi... Nak dijadikan hal,handphone ana habis kredit.. Ya Allah.. Pakcik polis tuu jugak lah yang pinjamkan handphone dia utk kol mekanik.. Setengah jam menunggu,tak datang2 jugak..


Tapi,yang ana rasa hairan jugak tuu,bila sekumpulan motorsikal ni lalu hanya pandang kami sekilas sahaja.. Seolah-olah cam xde orang.. & ada jugak yang tak pandang langsung.. Bukanlah mintak dipandang tetapi seakan-akan kami takda kat situ.. Mungkin pertolongan Allah pada kami yang terpaksa berhenti di tepi jalan dari kul 11.30 malam sampai 1.30 pagi !! Bayangkan perasaan kami.. Takut.. Meski sahabat ada black belt pun tapi kami perempuan.. Kudrat kami x sama seperti lelaki..

Kadang2 ana bukan nak puji kaum kafir ni.. Tapi yang berhenti tanyakan masalah kami hanyalah 2 orang yang beragama lain.. Sorang aunty chinese & sorang uncle indian.. Lepas dari pertanyaan diorang,pakcik polis tu datang lagi kat kami..

Akhirnya,datang laa 4 orang lelaki yang dalam linkungan umur 20-an.. Tanyakan masalah kami.. Lepas bagitau je masalah kami,tanpa banyak soal,terus depa baiki tayar moto & tukar tiub.. Pakcik polis tuu tetap tunggu sehingga selesai depa buat kerja..

Selesai je,boleh pulak depa tak tahu nak letakkan harga tukar tiub.. Last2 sahabat seikhlas hati beri sedikit sumbangan atas pertolongan mereka..

Sangat2 bersyukur Ya Allah..
Betul.. Pertolongan Allah itu sangat dekat..
Dalam ketakutan dan sifat berserah kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan, Allah menghantarkan pakcik polis dan remaja yang tolong tukarkan tiub moto..

Dan sangat2 memberi pengajaran... Kalau keluar malam sekalipun jangan pulang lewat..
Dan sentiasalah meminta perlindungan dengan Allah..

Ok.. Jom kita baca tafsir  ayat ini berulang-ulang kali...
Baca dan terus baca...
Surah At-Tagabun Ayat 11

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11




Nikah Muda??


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah..Syukur ku panjatkan pada Dia yang masih memberi kesempatan update blog...
AllahummasolialaMuhammad WaalaalihiMuhammad..

Tengok pada Surah An-Nur di atas mesti da dapat agak entri kali ni tajuk apa kan??

Ok.. Jom kita baca hadis ni pulak..


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(riwayat Bukhari dan Muslim)
 Ana seorang remaja dan bakal menginjak ke alam wanita tak sampai 5 bulan dari sekarang mengikut faktor umur... Ana juga punya cita-cita mahu memiliki suami yang diidamkan.. Tapi.. Ana bukanlah sempurna inginkan yang sempurna.. Ana takde harta,takde rupa,dan masih jahil dalam ilmu terutama agama..

Jadi,simpankan angan angan itu An-Nisa... 

‎"Simpanlah cinta itu dihatimu sehingga Allah menganugerahkan jalan untuk engkau alirkan cintamu" ~ Imam Syafie ~ 

Ya.. Simpankan cinta itu... Dan jalan yang halal dalam mengalirkan sesebuah cinta itu hanyalah perkahwinan,pernikahan.. Yang sudah tentu halal di sisi Allah..

Tak mahu ke ganjaran pahala?
Jom kita tengok gambar yg ana save dari Facebook..



Seronok jer kan bila keadaan camni..?

Post kali ni mungkin akan membuatkan orang komen..

"Dia ni cam tak sabar lagi nak nikah"
"Cam laa nanti tak boleh nikah"
"Hingus pun belum kering,ada hati nak nikah"

Yea.. ! Memang ana nak nikah muda.. Sebab ape? Sebab
1. Dapat kurangkan dosa
2. Dapat elakkan dari zina
~zina fizikal
~zina mata
~zina hati
3. Dapat pelihara keturunan
4. Dapat elakkan perasaan yang tak sepatutnya wujud
5. anda senaraikanlah sendiri..

Sini link yang berkaitan hukum seseorang untuk nikah..


Contoh situasi yang mewajibkan seseorang itu bernikah


jarang bertemu, tetapi sering berhubung di telefon, di internet, main sms, ayat2 jiwang, bergayut siang malam dan sebagainya?


Apakah kedua2 keadaan ini bukan keadaan wajib kahwin..?



Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?


HARAM

Apa yang diharamkan oleh Allah dalam bab hubungan lelaki dan wanita adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap dan bersentuhan. Segala nas dan dalil ini adalah qat'ie dan tetap. Haram tetap haram. Bahkan ia turut dinamakan sebagai 'zina' dalam hadis. Mata yang berzina, telinga yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga melibatkan nafsu syahwat.

Saya percaya, zaman ini, ramai pasangan yang bercouple dan berada dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak merasakan mereka di tahap wajib kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka buat sebagai dahsyat atau teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan 'terdesak' sehingga wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan terjerumus dalam lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya 'menjaga'.

Pada saya, semua situasi itu adalah situasi wajib kahwin. Kerana tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk keadaan2 yang melibatkan perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya perkahwinan merupakan jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua situasi di atas.
Malangnya, ramai yang berada di tahap wajib kahwin, tetapi langsung tidak menyedari hakikat tersebut. Maka hiduplah mereka dalam dosa dan kemaksiatan setiap masa dan waktu..



Nak ke camni? Titik hitam semakin bertambah dan bertambah dan bertambah dan akhir ya sebati dengan hati.. Bila dah sebati,perkara yang dilakukan tidak lagi mengundangkan rasa takut terhadap dosa dan takut terhadap kemurkaan Allah..

Boleh jadi sesuatu perkara itu remeh pada kita namun, penilaiannya pada Allah berbeza...


Jangan jadi makhluk yang tak pernah bersyukur dan tak sedarkan diri..
Hidup hanya menumpang di muka bumi Allah tapi melakukan maksiat pada Allah..


sumber2 entri dr Halaqah.net dan myilham.com


Akhir kalam : mak ayah yang rasa anak tu dah cukup umur unutuk dinikahkan(terutamanya anak perempuan) bersegeralah menikahkan anak mereka... InsyaAllah





p/s : Saja pilih topik ni kerana ana juga akan melaluinya.. InsyaAllah..


Annisa^Moden >_<

Ibu.. Aku faham perasaanmu..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah.. Masih berkesempatan mengupdate blog yang sekian lama terbiar tanpa post & update yang berilmiah.. InsyaAllah akan kembali aktif lepas ni..

Kali ini post yang akan diupdate ditujukan khas untuk seorang insan bernama IBU,UMMI,MAK,MAMA,MUMMY
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Wahai Ibu Tercinta..
Aku mengerti perasaanmu...
Aku arif akan sikapmu...
Yang begitu mengambil berat mengenai puterimu ini...
Keyakinanmu terhadapku
menambah kasih sayangku padamu....
Kau membekalku dengan bekalan agama..
Agar menjadi panduan sepanjang kehidupan...
Kau memerhati setiap gerak geriku..
Ternyata aku merasa selamat dengan tindakanmu...
Sungguh aku bersyukur pd Allah...
Dikurniakan kau sebagi ibuku....
Wahai Ibu Tercinta..
Kau permata hatiku...
Kau jantung hatiku...
Tanpa dirimu,aku tiada daya...
Kerna kau kekuatanku...
Kau peneraju jiwaku....
Aku faham perasaanmu...
Perasaan yang kau tak mahu aku terus terbuai dengan mimpi dunia...
Kata-kata marahmu menambah sayangku padamu...
Kasih yang kau curahkan,setulus hatimu...
Kau tak minta jasamu dibalas..
Kejayaanku yang kau harapkan...
 
Wahai Ibu Tercinta..
Kau bertarung nyawa melahirkanku...
Kau bergadai jiwa membesarkanku..
Puterimu yang kau kasihi...
Tapi..
Seringkali aku menyakiti hatimu...
Seringkali aku mengguris perasaanmu...
Malah pernah jua terlanjur kata denganmu...
Maafkan aku ibu..
Jauh di sudut hati ini,
Kau yang ku sayangi...
Kau yang ku sanjungi...
Halalkan segala makan minumku wahai ibu...
Dari setitis air susumu hingga hujung pernafasanku...
 
 
 
Wahai Ibu Tercinta..
Aku menunggumu...
Aku menunggumu...
Aku menunggumu...
Menunggumu di Taman Firdausi...
Untuk berbahagia di sana bu...
Akan ku berusaha menjadi anak yang solehah untukmu wahai ibuku....
Biarlah aku kehilangan harta...
Biarlah aku kehilangan semuanya...
Tapi aku tak sanggup kehilanganmu
Wahai Ibuku Tercinta...
Aku faham perasaanmu..
 
 
Ummi,Mak,Mama,Ibuku yang tersayang..
Perasaan kadang kadang tidak dapat dizahirkan melalui kata-kata..
Cukuplah hanya bahasa tubuh yang mengerti..

BLOG UNDER CONSTRUCTION..



Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah....sekali lagi masih diberi peluang untuk meneruskan taubat sebelum terlambat,...Selawat serta pujian buat Rasulullah s.a.w .. 


Entri kali ni hanyalah ingin memaklumkan pada kawan2 yang blog ini akan diselenggarakan buat sementara waktu...

Segala entri dalam blog ini akan ditapis semula dan hanya entri yang bersesuaian akan dikekalkan...InsyaAllah...

Semoga penyelenggaraan kali ini mampu mengilmiahkan lagi blog yang sangat kurang bahan ilmiah di dalamnya...InsyaAllah..

InsyaAllah jika berkesempatan,saya akan update blog ni lepas peperiksaan STPM...
Amiin InsyaAllah..^_^

Salam ukhuwah dan salam sayang buat para sahabat.. :)