Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Berbaliklah kepada diri sendiri

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang diberi...

Harini ana nak kongsikan suatu situasi yang berlaku pada kawan kepada umi ana.. Bukanlah ingin membuka aib tapi sekadar ingin berkongsikan masalah..

Hal yang makcik ceritakan tidak mengejutkan ana.. Perihal suaminya yang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.. Wanita tersebut dalam linkungan umur ana..

Makcik mengadu dan bercerita dengan ana & umi kerana keakraban umi dengan makcik terjalin sejak mereka di zaman muda remaja.. Mereka bekerja bersama dan apabila makcik berhenti kerja,hubungan mereka tetap ukuh dan akrab kerana mereka berkongsi suka dan duka bersama dengan seikhlas hati..

Begitu hebatnya ukhwah yang Allah cipta & anugerahkan kepada kita.. Namun berapa yang sedar akan kewujudan ukhwah yang ikhlas ini??

Ana juga pernah terleka dengan jalinan persahabatan yang melalaikan dan membawa ana jauh dari Allah... Dan kini,yang mendekatkan diri ana dengan Allah ialah ukhwah persahabatan yang mencintai Allah lebih dari segalanya...

Mereka berkasih dan berukhwah hanya kerana Allah..
Betullah seperti yang dikatakan bijak pandai..
Mahu melihat kelakuan seorang manusia,maka lihatlah kelakuan sahabatnya..
Kerana seorang sahabat akan saling mencontohi antara 1 sama lain..


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat."

Itu baru mukadimah jer.. Hehehe.. Takdelah.. Nak kongsi tentang sahabat jer..

Ha.. Berbalik kepada cerita sebelum ni.. Masalah makcik dengan suaminya... Dia pernah berkata ingin melakukan sesuatu yang tak baik menggunakan ilmu hitam terhadap suaminya..

Astaghfirullahalazim.. Syukurlah dia hanya menyebut.. Tidak pernah terlintas di hatinya.. 

Setelah mensengar dan berkongsi cerita akan masalahnya.. Baru ana tahu,punca masalah bermula apabila kita JAUH DARI ALLAH..

Segala suruhan Allah ditinggalkan dan segala larangan Allah dilakukan..
Apabila larangan Allah tidak dihiraukan,maka berlakulah pelbagai bencana , musibah dan masalah dalam keluarga dan diri masing2 ..

Antara hadis yang ana petik dr web : 
   Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Kadang-kadang Allag tidak menurunkan bencana hanya kepada pesalah tetapi kepada seluruh penduduk di kawasan sekitarnya.. 

Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh makcik,ana ada berkongsi sedikit ilmu yang ana tahu..
Makcik tertarik ingin mengetahui dengan lebih lanjut...
Tetapi
Makcik tetap menegakkan bahawa hatinya sakit menyebabkan dia keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa memberitahu suaminya...

Ana mengemukakan hadis yang ana tak ingat perawinya(sangat2 lemah dalam mengingati perawi hadis)

~Siapa saja seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka dia dilaknati oleh malaikat sehingga dia kembali ke rumah.

~Dan siapa saja seorang isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari Allah dan Malaikat serta semua manusia.

Makcik seolah-olah tersentak bila dengar hadis yang ana nyatakan.. Riak serba salah menyelubunginya.. Tetapi sakit hati yang dia rasakan tidak mampu untuk dihapuskan..

Ana sarankan kepada makcik,ekiranya pakcik sukakan wanita tersebut dan begitu juga sebaliknya,biarlah mereka bernikah daripada menambah dosa di usia separuh abad.. 

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun akan hancur berkecai macam tu saja sekiranya tiada lagi tolak ansur dan kasih sayang di dalamnya..

Makcik selalu persoalkan kenapa suaminya tidak seperti abangnya??
Abangnya terkenal dengan sikap sayangkan isteri serta selalu menolong isteri ketika ada waktu lapang...
Sedangkan suaminya tidak pernah menenguk apatah lagi menolongnya di dapur..
Dan ana hanya mampu nyatakan bahawa setiap yang berlaku ada hikmah..Dan ujian diturunkan kepada hambaNya yang disayangi..


Sama ada ujian itu kafarah(penghapus) dosa ataupun sebagai tiket Allah meningkatkan darjat seorang manusia di sisiNya..


Ana cadangkan mereka pergi meminta nasihat dari Ustaz/Ustazah mana2 sebelum perkara yang lebih buruk terjadi..

Oleh kerana sifat sakit hati masih menapak di dalam dirinya,dia masih memprotes..

Ana nasihatkan supaya kaji semula hubungan kita dengan Khaliq sebelum kita memprotes dan menyalahkan takdir...

Allah takkan bebankan seseorang hamba di luar kemampuan dirinya..
Setiap yang Allah datangkan mesti ada hikmah..


Jom kita kembali muhasabah diri.. Setiap masalah yang terjadi,berbaliklah kepada pangkal jalan dan punca masalah..
Jom bermuhasah diri dengan doa ini..

Waallahualam..

No comments:

Post a Comment