Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Pengganti Rusukku Bab 2

BAB 2

Mereka bertolak balik ke kampung isterinya di Baling selepas solat maghrib di masjid berdekatan. Hanzalah mengambil tempat duduk di sebelah Amar. Hakim dan Aisyah mengambil tempat duduk tengah dan Safiya lebih selesa di tempat duduk belakang. Aisyah meriba Husna dan Hamzah berada di pangkuan Hakim. Toyota Estima putih milik Amar meluncur laju di atas jambatan Pulau Pinang.
Husna kelihatan letih dan mengantuk. Aisyah cuba untuk menidurkan Husna. Hamzah yang masih aktif menganggu adiknya di pangkuan kakak mereka. Husna merengek-rengek apabila Hamzah menarik-narik tudungnya. Hakim pula sudah dibuai mimpi. Perut yang kenyang membuatkan Hakim merasa mengantuk dan terlentok di tempat duduk sambil Hamzah masih berada di atas ribanya.

Safiya pula cuba mengalihkan perhatian Hamzah daripada mengganggu adiknya. Safiya mengambil barang permainan dan menarik tangan Hamzah untuk berpindah ke tempat duduk belakang bersamanya.

Sampai di kawasan rehat dan rawat Penanti, Amar mengisi petrol dan Hanzalah masuk ke dalam pasar mini untuk membeli air mineral. Tersenyum Amar melihat anak-anaknya tidur dengan nyenyak.

"Abi! Hakim sakit perut!", Hakim bangun tiba-tiba.

"Cepatlah pergi tandas. Kalau lambat,abi tinggal", usik Amar.

"Abi tunggu Hakim tau! Hakim sakit perut sangat ni", berkerut-kerut dahi Hakim menahan senak di perutnya.

Hanzalah keluar daripada pasar mini dengan reaksi hairan kenapa Hakim berlari-lari anak ke lorong belakang.

"Kenapa dengan Hakim tu abi?", soal Hanzalah.

"Dia sakit perut. Makan sos cili banyak sangat kut", balas Amar.

15 minit berlalu,barulah Hakim keluar daripada tandas dengan wajah yang lesu. Sambil jalan menuju ke kereta, Hakim mengesat peluh-peluh yang merenik daripada dahinya.

"Lamanya Hakim pergi tandas?", soal Hanzalah.

"Hakim sakit perut lah. Tapi sekarang dah ok", jawab Hakim. Aisyah terjaga apabila merasakan kereta abinya tidak bergerak.

"Kita dah sampai ke abi?", soal Aisyah.

"Belum lagi. Ni berhenti sekejap isi minyak dan tunggu si Hakim ni. Dia sakit perut. Eh, jomlah. Nanti lambat sampai. Nak rehat. Esok banyak kerja menanti kita." Amar meneruskan pemanduannya. Hakim menyambung tidurnya dan Aisyah lebih selesa melemparkan pandangan ke luar. Termenung mungkin.

"Abi, jom lah kita ajak tok tinggal sekali dengan kita. Kesian pulak kat tok duk sorang-sorang. Pak Su kan kat Mesir lagi. Pak Ngah sebulan sekali baru balik. Tok mesti sunyi kan abi", Hanzalah bersuara setelah lama menyepi.

"Yelah abi. Ajak la tok tinggal kat Penang dengan kita. Nanti,tok tak sunyi. Kan kami ada. Paling tidak pun, si kembar ni ada jugak kasih tok sebab tak sempat merasa kasih ummi", bergetar suara Aisyah menyokong cadangan abangnya.

"Abi pun ada terfikir jugak nak ajak tok tinggal sekali dengan kita. Tapi kena tanya tok dulu. Ayam tok kat kampung sapa nak tengokkan? Kalau Along dengan kakak nak tolong tengokkan,tok mesti no problem punya", kata-kata Amar mencetuskan ketawa Hanzalah dan Aisyah. Hakim terjaga kerana terdengar ketawa kakak dan abangnya.

"Abiiii.. Hakim lapar lah abi", Hakim bersuara manja. Hakim takkan boleh tidur jika perutnya lapar.

"Hakim ni bila kenyang,tidur tak ingat dunia dah. Bila lapar,celik je mata tu kan", Aisyah pura-pura marah.

"Iyalah kak! Mana boleh tidur kalau perut Hakim asyik bunyi aje", bidas Hakim.

"Perut Hakim berbunyi? Macamana bunyinya?", tanya Hanzalah nakal.

"Emm. Macamana eh bunyi dia.. Ha! Dia bunyi camni. 'Kruk! Kruk! Kruk!'," balas Hakim. Amar, Hanzalah dan Aisyah pecah tawa dengan gelagat Hakim. Sejak pemergian Sumayyah 2 minggu lalu, mungkin inilah ketawa mereka sekeluarga yang pertama.

"Patutlah adik kakak tembamm", balas Aisyah sambil menarik pipi Hakim.

"Aduh kak! Sakit lah!", Hakim menggosok-gosok pipinya. Kesan cubitan Aisyah masih bersisa meskipun perlahan cubitannya.

"Nanti sampai rumah tok, Hakim makanlah. Nak berhenti, kat sini tak ada R&R. Hutan getah ada la", balas Amar tenang.

"Berhenti je abi. Tinggalkan dia kat sini", usik Hanzalah.

"Alaa. Along memang. Dengki je ngan Hakim. Tahu laa Hakim ni comel. Along jelous lah tu kan", Aisyah ketawa dengan gelagat Hakim.

"Tak jealous pun lah. Taknak lah Along jadi cam Hakim", balas Hanzalah.

Amar memberikan isyarat membelok ke kanan sebelum perlahan-lahan menuruni cerun untuk sampai ke rumah mertuanya. 5 minit menaiki kereta dengan kelajuan perlahan, Amar sampai ke rumah mertuanya.

"Yeayy! Dah sampaii!", sorak Hakim apabila melihat rumah neneknya. Husna yang terkejut dengan jeritan abangnya menangis memeluk kakaknya. Aisyah mengejutkan Safiya dan Hamzah di tempat duduk belakang. Amar mendukung Husna dan Aisyah memangku Hamzah. Hanzalah dan Hakim sibuk mengeluarkan beg pakaian mereka sekeluarga dan menapak masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum tok oh tok! Hakim dah sampai ni", jerit Hakim dari luar. Amar hanya mampu menggelengkan kepala.

" Waalaikumussalam. Iya. Tok tau. Cucu tok dah sampai. Masuklah" Hakim menyalami tangan neneknya diikuti Hanzalah dan Amar. Aisyah dan Safiya di belakang.

"Assalamualaikum mak. Mak sihat? Mak dah makan ke belum ni?", soal Amar.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah,mak sihat. Belum lagi. Tunggu Amar dengan anak-anak sampai. Kita makan sekali na. Mak masak makanan kesukaan Amar dengan anak-anak", balas ibu mertua Amar.

"Wah tok! Tok masak makanan 'peberet' kami? Tok memang terbaik lah!",balas Hakim yang sedang menuju ke dapur. Hakim membuka tudung saji dan bau ikan pekasam menusuk hidungnya.

"Abi,moh ler kita makan. Sedap ni tok masak",laung Hakim dari dapur. Amar dengan Husna di kanan dan Hamzah di kirinya menapak menuju ke dapur.


-to be continued InsyaAllah.. Lappy 'hang'-