Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Aku Tidak Layak Untukmu

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat sekalian.. Kali ni saya nak kongsi hasil penulisan saya... Sebelum ni menjadi koleksi yang sangat peribadi.. Tapi x salah kan kalau nak berkongsi sedikit karya.. InsyaAllah.. Mohon teguran dan tunjuk ajar..


   Amar duduk termenung di bangku batu itu. Dia berasa serba salah. Fikirannya masih membayangkan peristiwa sebentar tadi. Sungguh! Dia tak berniat ingin melukakan hati gadis itu. Dia juga punya perasaan. Dia masih kenal pahala dosa. Cukuplah pengalaman sahabat-sahabatnya dijadikan pengajaran.

  Sebolehnya,dia mahu elak sejauh-jauhnya dari berzina. Zina fizikal,zina hati. Dan segalanya berkaitan zina! Dia tidak mahu mengecewakan hati ummi dan abahnya. Harapan kedua orang tuanya sangat tinggi menggunung. Tambahan lagi dia merupakan anak sulung.

  "Amar,saya sebenarnya sangat sukakan awak..! Saya nak couple dengan awak! Please Amar!", rayu Syifaa.

  "Syifaa,maafkan saya. Saya tak mampu untuk menerima cinta awak. Cinta saya hanya untuk isteri saya suatu hari nanti",tegas Amar

  "Tapi Amar,saya nak jadi isteri awak! Saya mahu awak membimbing saya.. Dan saya yakin awak lah lelaki yang paling layak untuk membimbing saya.. Saya yakin itu Amar",Syifaa tertunduk. Airmatanya mengalir perlahan menuruni pipinya.

  "Maafkan saya Syifaa. Saya bukanlah sesiapa jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya juga masih belajar. Masih cuba memperbaiki diri. Saya tidak mampu untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak suatu hari nanti"

  "Awak takkan mampu menilai diri awak.. Awak takkan nampak kelebihan diri awak.. Saya tetap tunggu awak, Amar",tegas Syifaa.

  "Maafkan saya Syifaa,saya ada kerja, Assalamualaikum",

Peristiwa itu masih jelas di fikirannya.. Air tasik itu tidak mampu menenangkan hatinya yang bergelojak.. Masakan dia mampu menerima cinta yang tidak halal untuknya.. Fikirannya sangat terganggu. Lalu dia mengambil keputusan pulang ke asrama. Mendengarkan azan Asar yang berkumandang,langkah kakinya dihalakan ke masjid bagi memenuhi tuntutan syariat seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Usai solat,hatinya sedikit tenang. Merasakan tenangnya hati dengan beribadat kepada Allah merupakan kemanisan yang tidak dapat ditandingi oleh madu sekalipun. Sungguh! Rasa itu sangat membahagiakan. Kini,dia lebih yakin menghayunkan langkah kakinya.

Niat mahu pulang ke asrama terbantut apabila Amar menuju ke tepi tasik untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.. 'Subhanallah. Indahnya alam ciptaanMu.' gesir hati Amar. Sudah menjadi kebiasaan buatnya. Ke mana sahaja kakinya melangkah,tiada apapun yang menarik minatnya kecuali merenung,menatap keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Sedang dia leka menghirup udara petang,tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam padanya.. Amar menoleh ke belakang untuk memastikan siapakah gerangan pemilik suara itu.. Alangkah terkejutnya Amar melihatkan tuan empunya suara. Subhanallah. Sungguh! Dia terkesima..



*****BERSAMBUNG*****

Kau Pergi Jua.. Selamat Tinggal TOk..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Biar mimpi mimpi kita jejak sampai ke bintang,
Walau harus menggapai awan menongkah arus ini..
Aku tahu bukan mudah..

Ya... Mimpi mimpi ku akan menjejaki awan.. Menggapai bintang.. InsyaAllah..

Di pagi subuh yang hening,hati ini sangat tersentuh apaila terkenangkan arwah nenek yang sudah pergi menghadap Illahi..

17 Ramadhan 1432Hijrah.. Tarikh kepergiannya selepas solat Subuh.. Hati ini sangat merindukannya.. Sangat2..

Teringat di saat arwah masih hidup.. Setiap kali menjelang cuti,perkara pertama yang akan dipikirkan, BALIK KAMPUNG!!!

YA!! BALIK KAMPUNG !!. Balik kampung untuk melihat wajah manis wanita yang sudh lanjut usianya,,

Meskipun kulitnya berkedut tidak lagi tegang seperti dulu,wajah tua itu tetap menenangkan untuk ditatap.. Tiada pernah rasa jemu untuk menatap wajahnya yang kian dimamah usia..

Senyumannya,raut wajahnya dan renungan redup matanya masih segar dan berlayar hampir setiap masa,.

Meskipun sibuk seharian,wajah itu tidak pernah lari dari ingatan.. Sentiasa terkenangkan renungan terakhir beliau sebelum menutup mata untuk selama-lamanya..

Ya.. Renungan itu masih dapat dilihat dengan jelas di layar minda ini..

Saat ini berangkat pulang ke Penang,itulah renungan terakhir untukku.. Renungan yang sangat dalam.. Seolah-olah tiada lagi renungan itu untuk diri ini..

Yaa... Tiada lagi renungan itu untuk diri ini.. Mata itu sudah tertutup buat selama-lamanya..

Senyuman dalam kesakitan di bibirnya tersimpan kemas di ingatan..

Renungan mata yang mengiringiku meninggalkan wad tersebut masih tidak dapat aku lupakan.. Masakan boleh !! Renungan terakhir untukku..

"Tok,siti balik dulu"
"Balik elok-elok.. Jaga diri"
"Baik tok.. Assalamualaikum",kucium tangan itu.. buat kali terakhir..
"Waalaikumsalam", renungannya mengiringi kepergianku buat kali terakhir...

******************************************************************************

"Hello,Assalamualaikum.. Piah,mak dah takdak!", terdengar suara Mak Ngah teresak-esak di hujung talian..
"Ya Allah,Makkkk!" , itu yang hanya mampu diucapkan oleh ibuku.
dan aku.. Hanya mampu mendiamkan diri seribu bahasa. Terkedu,terkejut dengan berita tersebut..

Kami bergegaspulang ke rumah dan siapkan baju sehelai dua lalu terus berangkat ke kampung dengan menaiki motosikal..

Penang ke Kulim tidak lah sejauh mana tapi memangdangkan aku yang menungganginya membawa mak,mengambil masa sejam lebih..

Sampai di tol Penanti,tayar moto pecah.. Kena paku.. Subhanallah.. Sangat menduga aku dan mak pada hari itu..

Kami menunggu pomen hampir 30 minit.. Selesai saja,aku cuba bawa moto selaju mungkin untuk cepat sampai ke kampung..

Masa tu tak pikir apa pun.. Yang penting nak tengok tok buat kali terakhir..

Sampai sahaja di kampung,oran ramai dah memenuhi perkarangan rumah..

Siapapun tidak menarik pandanganku kecuali van jenazah Hospital Kulim terdampar di halaman rumah..

Tok dah sampai..

Masuk sahaja dalam rumah,aku tidak memperdulikan tetamu terus sahaja melangkah menuju bilik tok.. Ternyata tok ada di situ.. Tapi hanya jasadnya sahaja.. Dia terbaring kaku diselimuti kain batik lepas..

Tak bergerak.. Bau kemenyan mula memenuhi ruang bilik.. Saat itu aku kembali sedar.. Tok dah pergi meninggalkan kami,meninggalkan dunia menuju Khaliqnya...

Pakcik,makcik dan tukang memandikan jenazah sibuk meyiapkan tempat permandian untuk memandikan tok sebelum dikafankan..

Hanya aku cucu yang mengambil bahagian menolong memandikan jenazah tok buat kali terakhir..

Saat mengosok kaki tok dengan air dan sabun,tukang memandikan jenazah tersebut berpesan supaya dilakukan secara perlahan dan lembut..

Aku pegang kaki yang sejuk dan kaku itu.. Berlinangan lagi air mata..

Selesai memandikan jenazah insan yang aku sangat sayang,aku terus meluru keluar.. Kerana tidak sanggup menahan sebak..

Saat jenazah dikafankan,aku sekali lagi mengasingkan diri.. Aku sangat sedih dan tidak dapat menahan sebak apabila meliat jenazah dikafakan..

Selesai dikafankan,jenazah kini diusung ke tanah perkuburan..

Tanah dikepal-kepal untuk dijadikan 'bantal' di dalam liang lahad.

Dengan penuh kasih dan sayang,aku mengepal tanah tersebut dan memberikan pada pakcikku yang berada di dalam liang..

Selamat Tinggal tok.. Kau kini berada di alam sana..

Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah swt..

Kukirimkan Al Fatihah untukmu sebagai tanda ingatan kasih dan sayang.. InsyaAllah..

Namun begitu,kenangan bersamamu tetap segar di ingatan.. Senyumanmu tetap mais untuk dikenang.. InsyaAllah ..

Tudung Labuh Maisarah Hafni Collection

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah,Segala puji-pujian buat Nabi Muhammad s.a.w..

Post kali ini ingin memperkenalkan bisnes yang ana buat di Facebook..

Ana ada menjual tudung labuh hand made..
Tudung ni ana jahit sendiri di bahagian tengah dan bahagian tepinya dililinkan..

Harga cuma RM19(tak termasuk kos penghantaran)
Kos penghantaran : RM7 ( baki akan dipulangkan)




















Tahun Baru 2012??

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,Allah masih memberi keizinan untukku menjalani kehidupan di awal tahun 2012..
Ramai yang tanya.. Apa azam tahun baru?? Bagiku tahun baru hanyalah Muharram.. Dan bukannya Januari.. InsyaAllah akan berkekalan di hatiku.. Amiin..

Apa yang ana lalui sejak di penghujung tahun lepas sehingga harini,banyak perkara yang menyeronokkan.. Ada juga yang menyakitkan.. InsyaAllah ana akan cuba tabah selagi mampu..

Tahun baru ramai orang yang menyambutnya dan kawan2 juga tak mahu ketinggalan dalam meraikan tahun baru 2012 dengan berkumpul beramai-ramai di Padang Kota Lama.. Maka,berteraburlah pasangan yang melakukan maksiat secara terang-terangan.. Berpegang tangan dengan bukan muhrim.. Gadis2 pulang lewat ke rumah...

Allahurabbi... Hanya ku mampu,menjauhi tempat-tempat tersebut.. Bukannya nak berlagak baik.. Tapi ana sedang berjuang berjihad melawan nafsu.. Nafsu dunia yang tak pernah merasa puas dan cukup..

Untuk menjadi seorang yang sabar amatlah susah jika dahulunya dia seorang yang panas baran,kuat merajuk dan kepala angin..

Tersangatlah susah.. Tapi ana sedang mencuba! Mencuba! Ana perlukan kekuatan bukannya cemuhan.. Ana perlukan perhatian bukannya diabaikan... Mungkin begini laa rasanya anak2 yang terbiar tanpa kasih sayang kan...

Kadang2 ana merasa sangatt lemah dengan ujian yang datang tapi tak baik mengeluh.. Ketahanan dari segi mental & fizikal sangat2 lemah.. Adakalanya kuat adakalanya sangatt lemah..

Bila merasa sangatt lemah tuu,terasa nak mengasingkan diri.. Membawa diri sementara waktu.. Tapi kedukaanku selalunya tak lama.. Hanya seketika.. Tapi yang seketika itu yang sangat memeritkan..

Astaghfirullah.. Sudah2 laa mengeluh wahai Nisa.. Ujianmu x seberapa nak dibandingkan dengan Baginda..


Terima kasih buat sahabat2 terdekat yang sudi mendengar masalah ana.. Memberikan pendapat  dan sangat prihatin dengan masalah ana..

Terima kasih sangat2...

# kesedihan kadang2 tidak dapat digambarkan dengan kata2..

Berbaliklah kepada diri sendiri

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang diberi...

Harini ana nak kongsikan suatu situasi yang berlaku pada kawan kepada umi ana.. Bukanlah ingin membuka aib tapi sekadar ingin berkongsikan masalah..

Hal yang makcik ceritakan tidak mengejutkan ana.. Perihal suaminya yang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.. Wanita tersebut dalam linkungan umur ana..

Makcik mengadu dan bercerita dengan ana & umi kerana keakraban umi dengan makcik terjalin sejak mereka di zaman muda remaja.. Mereka bekerja bersama dan apabila makcik berhenti kerja,hubungan mereka tetap ukuh dan akrab kerana mereka berkongsi suka dan duka bersama dengan seikhlas hati..

Begitu hebatnya ukhwah yang Allah cipta & anugerahkan kepada kita.. Namun berapa yang sedar akan kewujudan ukhwah yang ikhlas ini??

Ana juga pernah terleka dengan jalinan persahabatan yang melalaikan dan membawa ana jauh dari Allah... Dan kini,yang mendekatkan diri ana dengan Allah ialah ukhwah persahabatan yang mencintai Allah lebih dari segalanya...

Mereka berkasih dan berukhwah hanya kerana Allah..
Betullah seperti yang dikatakan bijak pandai..
Mahu melihat kelakuan seorang manusia,maka lihatlah kelakuan sahabatnya..
Kerana seorang sahabat akan saling mencontohi antara 1 sama lain..


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat."

Itu baru mukadimah jer.. Hehehe.. Takdelah.. Nak kongsi tentang sahabat jer..

Ha.. Berbalik kepada cerita sebelum ni.. Masalah makcik dengan suaminya... Dia pernah berkata ingin melakukan sesuatu yang tak baik menggunakan ilmu hitam terhadap suaminya..

Astaghfirullahalazim.. Syukurlah dia hanya menyebut.. Tidak pernah terlintas di hatinya.. 

Setelah mensengar dan berkongsi cerita akan masalahnya.. Baru ana tahu,punca masalah bermula apabila kita JAUH DARI ALLAH..

Segala suruhan Allah ditinggalkan dan segala larangan Allah dilakukan..
Apabila larangan Allah tidak dihiraukan,maka berlakulah pelbagai bencana , musibah dan masalah dalam keluarga dan diri masing2 ..

Antara hadis yang ana petik dr web : 
   Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Kadang-kadang Allag tidak menurunkan bencana hanya kepada pesalah tetapi kepada seluruh penduduk di kawasan sekitarnya.. 

Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh makcik,ana ada berkongsi sedikit ilmu yang ana tahu..
Makcik tertarik ingin mengetahui dengan lebih lanjut...
Tetapi
Makcik tetap menegakkan bahawa hatinya sakit menyebabkan dia keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa memberitahu suaminya...

Ana mengemukakan hadis yang ana tak ingat perawinya(sangat2 lemah dalam mengingati perawi hadis)

~Siapa saja seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka dia dilaknati oleh malaikat sehingga dia kembali ke rumah.

~Dan siapa saja seorang isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari Allah dan Malaikat serta semua manusia.

Makcik seolah-olah tersentak bila dengar hadis yang ana nyatakan.. Riak serba salah menyelubunginya.. Tetapi sakit hati yang dia rasakan tidak mampu untuk dihapuskan..

Ana sarankan kepada makcik,ekiranya pakcik sukakan wanita tersebut dan begitu juga sebaliknya,biarlah mereka bernikah daripada menambah dosa di usia separuh abad.. 

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun akan hancur berkecai macam tu saja sekiranya tiada lagi tolak ansur dan kasih sayang di dalamnya..

Makcik selalu persoalkan kenapa suaminya tidak seperti abangnya??
Abangnya terkenal dengan sikap sayangkan isteri serta selalu menolong isteri ketika ada waktu lapang...
Sedangkan suaminya tidak pernah menenguk apatah lagi menolongnya di dapur..
Dan ana hanya mampu nyatakan bahawa setiap yang berlaku ada hikmah..Dan ujian diturunkan kepada hambaNya yang disayangi..


Sama ada ujian itu kafarah(penghapus) dosa ataupun sebagai tiket Allah meningkatkan darjat seorang manusia di sisiNya..


Ana cadangkan mereka pergi meminta nasihat dari Ustaz/Ustazah mana2 sebelum perkara yang lebih buruk terjadi..

Oleh kerana sifat sakit hati masih menapak di dalam dirinya,dia masih memprotes..

Ana nasihatkan supaya kaji semula hubungan kita dengan Khaliq sebelum kita memprotes dan menyalahkan takdir...

Allah takkan bebankan seseorang hamba di luar kemampuan dirinya..
Setiap yang Allah datangkan mesti ada hikmah..


Jom kita kembali muhasabah diri.. Setiap masalah yang terjadi,berbaliklah kepada pangkal jalan dan punca masalah..
Jom bermuhasah diri dengan doa ini..

Waallahualam..