Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

.: NOVEL BERSIRI : PENGGANTI RUSUKKU :.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah.. Blog ni akan memaparkan cerpen-cerpen dan novel bersiri koleksi peribadi Owner blog.. InsyaAllah... Enjoy reading...




Tajuk : Pengganti Rusukku



BAB 1
Assalamualaikum..
Wahai suamiku tercinta.. Ku utuskan warkah cinta terakhir buat dirimu hanya untuk menyatakan bahawa aku amat mencintaimu.. Kasih dan sayangmu tak dapat dibandingkan dengan wang ringgit mahupun intan permata.. Jerih perihmu mencari rezeki buat diriku dan anak-anak kita begitu menyentuh hatiku. Kau berusaha demi mencari rezeki yang halal untukku dan anak-anak.. Betapa akau bersyukur dikurniakan suami sepertimu.. Kau menduduki tempat selepas Allah dan Rasulullah s.a.w di hatiku.. Dengan izin Allah,kita disatukan oleh keluarga.. Debaran cinta mula menggetar di jiwaku saat melihat dirimu berjubah putih,duduk bersila di hadapan waliku menunggu saat lafaz sakinah termeterai.. Dikaulah lelaki pertama dan terakhir dalam hidupku..

Sayang..
Maafkan isterimu kerana menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuanmu.. Aku tak sanggup melihat dirimu dirudung duka kerana senyumanmu pengubat jiwa laraku. Senyumanmu penghapus segala sakitku. Aku hanya mahu melahirkan ramai zuriat untukmu kerana merekalah yang bakal menemanimu saat aku tiada nanti. Alhamdulillah,Allah memberikan rezeki anak untuk kita. Aku tinggalkan Hanzalah,Zinnirah Aisyah,Lukmanul Hakim,Safiya Humaira’ dan si kembar kesayangan Hamzah Al-Said dan Maryam Al-Husna. Ku titipkan mereka sebagai penyembuh lukamu,penyeri hidupmu.

Suamiku..
Didiklah mereka menjadi perisai kita daripada api neraka. Bentuklah mereka menjadi hafiz dan hafizah. Sesungguhnya,merekalah asetku saat menempuhi alam barzakh. Doa mereka akan sampai kepadaku membantu aku. Sayang,menikahlah andai dirimu kesunyian. InsyaAllah sayang,aku lebih bahagia seandainya dirimu menikah lagi setelah ketiadaanku. Halalkanlah segala makan minumku.. Redhakanlah pemergianku wahai suami yang kucintai. Ampunilah segala dosaku sepanjang 15 tahun kita berkongsi hidup bersama. InsyaAllah,ku akan menunggumu di taman syurga.
Akhir kalam,jangan kau tangisi pemergianku. Janganlah kau ratapi peninggalanku. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Didiklah waris-warisku menjadi anak yang soleh dan solehah agar dapat membantuku di sana nanti. Salam sayang penuh cinta dan rindu hanya untukmu Suamiku..

Wassalam,
Nur Sumayyah.

##########################################################

Air mata lelaki milik Amar perlahan menuruni di pipinya. Sungguh! Wanita itu sangat dicintainya. Wanita itu cinta hatinya yang pertama. Wanita itu yang menyerikan hidupnya dengan kehadiran anak-anak yang comel dan bijak. Wanita itu yang banyak menegur kesalahannya ketika menjadi pemimpin rumahtangga. Wanita itu yang mendidiknya menjadi suami yang soleh. Dan kini, wanita itu pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Hatinya sebak melihat Husna dan Hamzah yang masih tidak mengerti apa-apa. Hanzalah, Aisyah dan Hakim sudah pastinya mengerti akan pemergian ummi yang sangat dicintai mereka. Kematangan jelas terlihat pad diri Hanzalah selaku abang sulung di dalam keluarga. Rutin hidup mereka setiap hari selepas pemergian Sumayyah, mereka menghadiahkan pahala bacaan Surah Yassin setiap kali selepas waktu solat. Masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan Sumayyah dalam hidup mereka. Susah dan payah. Itulah yang dirasakan oleh anak-anak arwah Sumayyah terutama Aisyah kerana Aisyah lebih rapat dengan arwah umminya berbanding adik beradik yang lain. Tak mustahil sekiranya yang paling terkesan di atas pemergian Sumayyah adalah Aisyah. Meskipun Aisyah nampak tenang,tapi Amar tahu akan hati anak gadisnya yang menginjak 12 tahun itu.

Hanzalah , Aisyah kini merupakan Hafiz dan Hafizah. Mereka mengambil masa 3 tahun untuk menghafal kitab Allah itu. Sedangkan Hakim bakal menghabiskan hafalan juzuk terakhir dan bakal bergelar Hafiz. Sejak pemergian Sumayyah, Hakimlah yang paling ketara perubahan sikapnya. Seringkali dia kelihatan termenung bersendirian. Amar melangkah keluar rumah untuk menghirup udara petang dan terpandangkan Hakim yang duduk termenung di buaian halaman rumah mereka.

“Hakim,kenapa abi tengok Hakim selalu je termenung?”, Amar mengambil tempat di sebelah Hakim. Pertanyaan Amar membuatkan Hakim menangis teresak-esak dan terus memeluk abinya. Fahamlah Amar apa yang dimenungkan Hakim.

“Hakim rindukan ummi. Hakim rindukan ummi”, ‘Ya Allah,tabahkanlah hatiku dan anak-anakku di atas ujianMu ini’ doa Amar di dalam hati.

“Hakim,kalau hakim rindukan ummi,Hakim boleh sedekahkan Al-Fatihah. Bukan duduk termenung macam ni. Sedikit sebanyak,berkat doa anak soleh abi dan ummi ni akan sampai pahalanya pada ummi di sana”, pujuk Amar sambil mengusap-usap bahu anaknya. Hampir gugur air mata Amar.

“Abi, jom ziarah kubur ummi”, Hakim meleraikan pelukannya dan mengesat airmtanya.

“Boleh. Kita pergi lepas solat Asar ye, sayang. Hakim masuk dalam,bagitahu kakak,kemaskan pakaian adik. Lepas ni,kita akan balik kampung. Malam ni ada kenduri tahlil untuk arwah ummi dan tokwan kat kampung”, arah Amar panjang.

“Berapa hari abi?”,soal Hakim
“Mungkin dua atau tiga hari”,balas Amar pendek.

“Baiklah abi”, Hakim mula menapak masuk ke dalam rumah mendapatkan kakaknya yang sibuk menguruskan adik kembar mereka.

Amar kembali menyandar di buaian tersebut. Memikirkan amanah isteri yang ditinggalkan supaya mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Alhamdulillah 3 daripada anak-anaknya sudah bergelar Hafiz. ‘Aku bersyukur padaMu Ya Allah’ bisik hati Amar.

Laungan azan menandakan telah masuk waktu solat Asar mematikan lamunan Amar. Amar bingkas menuju ke dalam rumah untuk mengambil wudhuk dan seterusnya akan mengimamkan solat jemaah bersama anak-anaknya. Amar menuju ke bilik bacaan yang dijadikan bilik solat dan usrah mingguan antara mereka anak beranak. Kelihatan anak-anaknya sedia menunggu Amar mengimamkan solat Asar berjemaah mereka. Aisyah sibuk membetulkan telekung yang dipakai Safiya. Husna dan Hamzah mengambil tempat di sisi Aisyah dan Safiya. Mungkin ingin solat berjemaah sekali bersama abang dan kakak mereka.

Wajah anak-anak kecil ini sungguh suci dan tiada noda. Mereka menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Safiya dan adik kembarnya sekadar mengikuti pergerakan abang dan kakak mereka solat. Usai solat, mereka bersiap-siap untuk melawat pusara umminya dan sekaligus pulang ke kampung. Aisyah yang kini memberati dirinya dengan purdah mengenakan niqab arab milik umminya sebelum mereka menuju ke pusara umminya. Amar tersenyum bahagia melihat anak gadis suntinya. Mungkin Aisyah memakai purdah kerana melihat arwah umminya juga berpurdah.

#############################

Usai membacakan Surah yassin di pusara Sumayyah, mereka anak beranak menuju ke tempat parkir kereta. Ketika menuju ke kereta, Amar terpandangkan seorang wanita muslimah yang berpakaian serba hitam dan berpurdah arab seperti anaknya, Aisyah. Apabila wanita tersebut melihat ke arahnya, Amar pantas mengalihkan pandangan ke tempat lain. Sedangkan Aisyah masih memandang wanita tersebut dan menghadiahkan senyuman. Meskipun berpurdah, Aisyah tidak pernah lokek dengan senyuman. Kelihatan wanita tersebut membalas senyuman Aisyah kerana mata bundar milik wanita tersebut kelihatan mengecil.

“Kakak! Fiya nak pergi kat ummi! Tu kan ummi”, Safiya merengek apabila melihatkan wanita tersebut.

“Fiya,itu bukan ummi sayang. Itu orang lain. Ummi dah tinggalkan kita. Ummi pergi tempat jauh sebab nak jumpa Allah. Allah sayangkan ummi”, pujuk Aisyah.

“Bukan ummi ke tu? Kenapa ummi pergi tak bawak kita kakak? Allah tak sayang kita la ek?”, soal Safiya lagi.

“Itu bukan ummi. Ummi pergi sebab Allah panggil ummi jer. Allah tak panggil kita lagi. Bila Allah panggil, kita kenalah pergi. Kita kena tinggalkan dunia ni. Segala nikmat kat dunia ni pun terputus sebab kita nak jumpa Allah”, Aisyah cuba fahamkan adiknya.

“Ooo. Maknanya kita kena masuk dalam tanah baru boleh jumpa Allah? Kalau masuk dalam tanah,matilah kita kak!”, Amar tersenyum mendengar soalan Safiya yang banyak celoteh itu.

“Yerlah. Mati lah”, sengaja Aisyah membalas pendek pertanyaan adiknya.

“Ooo. Maknanya ummi dah mati ke akak? Sebab ummi pergi jumpa Allah?”, soalan Safiya membuatkan Aisyah tersentap.

“Tak baik cakap mati. Meninggal dunia”, Aisyah memperbetulkan kata-kata adiknya.

“Ok. Meninggal dunia. Ummi dah meninggal dunia kan?”, soal Safiya lagi.

“Ya. Pandai adik akak. Ummi dah meninggal dunia”

“Anak-anak abi lapar tak? Nak makan dulu ke balik kampung terus?”, Amar cuba mengubah topik apabila sampai di keretanya.

“Abi, Fiya lapar lah. Boleh tak abi belanja Fiya makan ayam goreng yang sedap tu?”, Safiya merengek manja dengan abinya.

“Ayam goreng yang sedap? Ayam apa? Tak tahu lah abi”, sengaja Amar mengusik Safiya.

“Alaa abii. Boleh lah! Kalau abi tak belanja, Fiya taknak kawan dengan abi. Fiya kawan dengan kakak je”, ugut Safiya.

“Wah! Dah pandai nak merajuk ngan abi ya. Yelah-yelah abi belanja makan KFC”, keputusan Amar disambut gembira oleh anak-anaknya terutama sekali Hakim.


No comments:

Post a Comment