Blogger Backgrounds
Bermula Episod SIBUK dalam kamus hidupku
20 Feb 2012
Assalamualaikum..Selamat datang ke blog Annisa Moden..Semoga beroleh maanfaat darinya..Amiin

Asma Allah

Chitchat Sahabat

Nikah Muda??


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah..Syukur ku panjatkan pada Dia yang masih memberi kesempatan update blog...
AllahummasolialaMuhammad WaalaalihiMuhammad..

Tengok pada Surah An-Nur di atas mesti da dapat agak entri kali ni tajuk apa kan??

Ok.. Jom kita baca hadis ni pulak..


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(riwayat Bukhari dan Muslim)
 Ana seorang remaja dan bakal menginjak ke alam wanita tak sampai 5 bulan dari sekarang mengikut faktor umur... Ana juga punya cita-cita mahu memiliki suami yang diidamkan.. Tapi.. Ana bukanlah sempurna inginkan yang sempurna.. Ana takde harta,takde rupa,dan masih jahil dalam ilmu terutama agama..

Jadi,simpankan angan angan itu An-Nisa... 

‎"Simpanlah cinta itu dihatimu sehingga Allah menganugerahkan jalan untuk engkau alirkan cintamu" ~ Imam Syafie ~ 

Ya.. Simpankan cinta itu... Dan jalan yang halal dalam mengalirkan sesebuah cinta itu hanyalah perkahwinan,pernikahan.. Yang sudah tentu halal di sisi Allah..

Tak mahu ke ganjaran pahala?
Jom kita tengok gambar yg ana save dari Facebook..



Seronok jer kan bila keadaan camni..?

Post kali ni mungkin akan membuatkan orang komen..

"Dia ni cam tak sabar lagi nak nikah"
"Cam laa nanti tak boleh nikah"
"Hingus pun belum kering,ada hati nak nikah"

Yea.. ! Memang ana nak nikah muda.. Sebab ape? Sebab
1. Dapat kurangkan dosa
2. Dapat elakkan dari zina
~zina fizikal
~zina mata
~zina hati
3. Dapat pelihara keturunan
4. Dapat elakkan perasaan yang tak sepatutnya wujud
5. anda senaraikanlah sendiri..

Sini link yang berkaitan hukum seseorang untuk nikah..


Contoh situasi yang mewajibkan seseorang itu bernikah


jarang bertemu, tetapi sering berhubung di telefon, di internet, main sms, ayat2 jiwang, bergayut siang malam dan sebagainya?


Apakah kedua2 keadaan ini bukan keadaan wajib kahwin..?



Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?


HARAM

Apa yang diharamkan oleh Allah dalam bab hubungan lelaki dan wanita adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap dan bersentuhan. Segala nas dan dalil ini adalah qat'ie dan tetap. Haram tetap haram. Bahkan ia turut dinamakan sebagai 'zina' dalam hadis. Mata yang berzina, telinga yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga melibatkan nafsu syahwat.

Saya percaya, zaman ini, ramai pasangan yang bercouple dan berada dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak merasakan mereka di tahap wajib kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka buat sebagai dahsyat atau teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan 'terdesak' sehingga wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan terjerumus dalam lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya 'menjaga'.

Pada saya, semua situasi itu adalah situasi wajib kahwin. Kerana tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk keadaan2 yang melibatkan perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya perkahwinan merupakan jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua situasi di atas.
Malangnya, ramai yang berada di tahap wajib kahwin, tetapi langsung tidak menyedari hakikat tersebut. Maka hiduplah mereka dalam dosa dan kemaksiatan setiap masa dan waktu..



Nak ke camni? Titik hitam semakin bertambah dan bertambah dan bertambah dan akhir ya sebati dengan hati.. Bila dah sebati,perkara yang dilakukan tidak lagi mengundangkan rasa takut terhadap dosa dan takut terhadap kemurkaan Allah..

Boleh jadi sesuatu perkara itu remeh pada kita namun, penilaiannya pada Allah berbeza...


Jangan jadi makhluk yang tak pernah bersyukur dan tak sedarkan diri..
Hidup hanya menumpang di muka bumi Allah tapi melakukan maksiat pada Allah..


sumber2 entri dr Halaqah.net dan myilham.com


Akhir kalam : mak ayah yang rasa anak tu dah cukup umur unutuk dinikahkan(terutamanya anak perempuan) bersegeralah menikahkan anak mereka... InsyaAllah





p/s : Saja pilih topik ni kerana ana juga akan melaluinya.. InsyaAllah..


Annisa^Moden >_<

No comments:

Post a Comment